Rabu, 1 Jun 2011

NEW CAMPAIGN !!

NEW CAMPAIGN 11 / 2011 !!

VALID : 1 - 15 JUNE 2011

1. GRAND GOLDTONE FILIGREE EARRINGS / 2. NECKLACE 45cm - Rm23.90 tiap satu
3. GRAND GOLDTONE FILIGREE TOGGLE BRACELET Rm23.90
4. GRAND GOLDTONE FILIGREE PIN 4cm Rm15.90


1. SHIMMER SENSATION EARRINGS / 2. NECKLACE 42cm - Rm25.90 tiap satu
3. SHIMMER SENSATION RING / 4. PIN 5cm - Rm25.90 tiap satu
5. AFRINA 2-PIECE PIN SET Rm19.90


1. RUBY RED SKY PIN 7cm Rm29.90 / 2. FACETED RUBY RED Y NECKLACE 46cm Rm29.90
3. RUBY RED CLUSTER BRACELET 20.5cm Rm29.90
4. RUBY RED CLUSTER INTERCHANGEABLE EARRINGS GIFT SET Rm29.90
5. RUBY RED CLUSTER RING Rm35.90


1. LELA DANGLING PIN 8.5cm / 2. SUHAILAH PIN 4.5cm - Rm25.90 tiap satu
3. TANUSHA PIN 3.5cm / 4. FARIZA PIN 5cm / 5. AYSHA PIN SET OF 3 - Rm25.90 tiap satu
*mana-mana 2 PADA Rm33.90


1. ELLIANA TRIPLE STACK RING SET / 2. STRAND NECKLACE 42.5cm - Rm15.90 tiap satu
3. ELLIANA 3 PACK EARRINGS SET Rm15.90
4. BLACK & GREY SNOWFLAKE PIN 2cm Rm15.90 / 5. AMELIA PIN 3cm Rm15.90
*mana-mana 2 PADA Rm30.00


1. ALAYNA CZ EARRINGS / 2. PENDANT NECKLACE 45cm - Rm25.90 tiap satu
3. FLUERETTE PENDANT NECKLACE / 4. RING - Rm25.90 tiap satu
*PROMOSI SET Rm35.00 SATU SET


1. ROSETTE NECKLACE 45cm / 2. BRACELET 23.5cm / 3. PIN 3.5cm - Rm25.90 tiap satu
*mana-mana 2 UNTUK Rm30.00
4. SWEETHEART PENDANT & EARRINGS GIFT SET Rm29.90


1. CHAIN WITH BLACK RIBBON CHARM BRACELET 20cm Rm25.90
2. AUBRIELLE LAYER NECKLACE 50cm Rm15.90 / 3. ZULAIKA GOLD ANKLET Rm19.90


1. ALL THAT BLOSSOMS BANGLE WATCH / 2. BLUE COOL SUMMER WATCH
3. BLACK LACEY WATCH Rm69.90 setiap satu

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA DENGAN SETIAP SATU PEMBELIAN !!

UNTUK TEMPAHAN & PERTANYAAN
EMAIL :- noridawati_11@yahoo.com
SMS / PHONE :- 019 420 - 4112

Selasa, 31 Mei 2011

ORDER !!

Minyak wangi WOMEN OF EARTH {2} dan PENCUCI MUKA OIL CONTROL WITH HAZEL {2} di order oleh sahabat ku zura {Norbaizura Wahab}.. TERIMA KASIH ZURA !!

TARIKH : 29 hb MAY 2011
BARANG : 2 botol MINYAK WANGI WOMEN OF EARTH
                  2 botol PURSE CONCENTRE WOMEN OF EARTH
                  2 botol PENCUCI MUKA OIL CONTROL WITH HAZEL
 {FREE: BEG COMEL}





TAMBAH ORDER : MINYAK WANGI FAR AWAY CLASSIC 2 botol

{FREE : BEG COMEL}



EXCLUSIVE DARI AVON !
TERIMA KASIH ZURA !!


Ahad, 29 Mei 2011

NOVEL KU

INSAN KAH DIRIKU DI DUNIA INI


Rangkap satu

''Bagaikan melukut ditepi gantang
Begitulah aku didalam hatimu
Agar tiadakan memberi kesan
Hanya aku menaggung kepiluan..’’

Melodi indah nyanian aishah, ibarat berpaling semula kemuka ku kerana lagu itu menceritakan nasib malang seorang insan. Mungkin itu pendapat ku tidak pada insan lain yang mungkin punya kesenangan dalam kehidupan.

‘Ida, buat apa tu? panggil ibu dari ruang dapur..
‘Ida tengah mengemas bilik dengan sapu sampah ni, kenapa ibu? sahut ku dengan pertanyaan, walaupun sebenarnya aku tersentak..
‘berangan nak jadi kaya la tu’..kata ibu mungkin dengan perasaan marah ataupun mengusik..

Hakikat yang perlu semua tahu aku bukan lah anak kesayangan atau kesukaan ibu, entah kenapa itu lah yang aku tahu, dari sudut apapun aku tidak pernah melihat mahupun merasa  kasih sayang nya pada ku seperti adik beradik yang lain bukan kerana mainan perasaan aku sendiri tapi itulah kenyataan nya, pahit untuk ditelan bagai semalu menusuk didada namun ketabahan, kesabaran dan doa yang selalu ku pohon dariNya membuatkan aku masih ada sehingga kehari ini.

‘Mari sini kemas kan dapur ni,  aku nak berehat jap’..laung ibu meyentak lamunan ku.
‘ye datang ni’.. sahut ku, melayan sahaja permintaan nya walaupun aku tahu anak kesayangan ibu ada bersama ibu, entah apa yang dilakukan nya sedari tadi bersenang-lenang di hadapan televisyen, sedangkan dia juga perempuan yang boleh melakukan kerja-kerja dapur.
‘Kemas bersih-bersih, jangan ada yang tertinggal pun..faham’.. kata ibu sambil menunding jarinya ke muka ku..
‘faham ibu, ada lagi nak di buat’?..tanya ku tanpa melihat wajah ibu ynag masih ku hormati.
‘Itu sahaja, buat dulu jangan banyak tanya’.. kata ibu dan terus berlalu meninggalkan aku mendapatkan anak kesayangan nya di ruang tamu.
‘ye ibu, baiklah’..sahut ku walaupun ku tahu ibu tidak mempedulikan aku lagi.

Itulah anak yang selalu di manja ibu [adik aku sendiri], di beri kasih sayang secukupnya tanpa mengambil berat perasaan anak yang lain. Macam lah aku ini tidak mempunyai perasaan ataupun sangka ibu aku mempunyai hati batu agak nya dan kerana  itulah ibu tidak pernah ambil tahu kesedihan yang aku rasa tatkala ibu memperlakukan aku sebegitu.

Apa jua yang dilakukan ibu pada ku tidak akan pernah luput dari ingatan sehingga kehujung nyawa ku di dunia. Bukan kah sepatutnya ibubapa perlu memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada semua anak-anak yang dilahirkan mereka kedunia ini, tapi apa lah nasib ku.. malang selalu.
‘Redhakan lah’.. bisik hati kecilku, tatkala airmata hampir berguguran..

Disini lah kisah ku bermula..

**********************************************************


SATU

 5.30 pagi..
Pagi yang indah, padaku setiap pagi adalah pagi yang indah kerana tidak kira lah apa jua yang berlaku dalam hidup ku, keindahan yang dicipta oleh NYA tidak harus disia-sia kan selagi nyawa masih di badan.

Rutin harian ku tetap akan ku terus kan, beginilah setiap pagi jika tidak herdikan ibu akan membuatkan airmata ku gugur dengan sendirinya. Tanpa berlengah aku terus ke kamar mandi membersihkan segalanya, lantas mencapai sejadah menunaikan suruhan Nya. Alhamdullilah, selesai semua nya aku bergegas ke dapur menjalankan amanah ibu yang akan dipesan kepadaku sebelum aku masuk tidur semalam atau boleh dikatakan setiap hari.

“Sarapan apa pagi ini, tak sedap kalau siap la”.. sapa ibu tatkal aku selesai membasuh pinggan mangkuk di singki.
“Buat nasi goreng je ibu dengan roti telur, makan lah”..jawab ku ringkas membalas sapaan ibu tadi.

Wajah tua ibu yang tetap manis ku tatap penuh kasih sayang , ingin sekali aku memeluk nya dan memberitahu bahawa sayang nya aku pada nya hanya tuhan saja yang tahu..
Tapi.. tuhan juga tahu betapa kurang nya kasih sayang yang aku dapat dari ibu sejak dari umur 10 tahun hinggalah aku begelar diriku kini, entah kenapa ingin sekali aku nertanya tapi apakan daya tak sanggup aku di caci atau di maki nya..

“Kenapa roti telur ni banyak sangat minyak , nak bagi semua orang makin gemuk cepat mati atau nak membazir minyak buang duit banyak-banyak ya”.. sergah ibu menmatkan lamunan ku.
“Maaf lah sebab terlebih minyak rasanya dah cukup-cukup tadi tapi tak sangka pula terlebih”.. jawab ku kepada ibu, sakit hati ini tapi biarlah .
“Dah pergi siap nak kerja kan, kang terlambat kena buang kerja siap kamu”..bentak ibu  menyuruh aku berlalu dari situ.
Aku terus kebilik bersiap untuk ketempat kerja, aku bekerja di kilang maklumlah pelajaran hingga tahap S.P.M. tetapi tidak mampu keperingkat lebih tinggi dan disebabkan itu hanya ini lah yang termampu ku lakukan..operator kilang.

Sebenarnya bukan ibu dan ayah tidak mampu membiayai pelajaran ku ke universiti tetapi kelebihan di berikan kepada adik-adik ku walaupun pelajaran mererka tidak lah sebaik aku, namun disebabkan kelebihan kasih sayang aku disuruh bekerja untuk membantu ibu dan ayah.
Kami lima beradik, aku punya dua orang kakak yang telah pun berumahtangga dan tinggal jauh dari sini dan aku juga punya dua orang adik seorang lelaki dan seorang perempuan sudah semestinya aku yang ketiga ditengah-tengah. Ibu hanya surirumah dan ayah pula makan gaji dengan syarikat indah water.

“Ida..dah siap, ayah tunggu di luar ya”.. laung ayah menyedarkan aku dari lamunan panjang.
“Dah ayah sekejap ya”..sahut ku dan terus bergegas keluar, kerana ayah yang akan menghantar aku ke tempat kerja dan kerana ayah jugalah aku masih disini dirumah ini, walaupun sebenarnya hati ini ingin pergi jauh meninggalkan mereka yang tidak pernah menghargai kewujudan ku ini..

Agar aku cekal mengharungi hidup hari ini, esok, lusa dan selama-lamanya.. AMIN

FOLLOW MY BLOG !!